Tuesday 24 May 2016

Official website for SMK Jalan Empat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.Blog ini merupakan blog rasmi yang diusahakan oleh Cikgu Rizal,Khairur Aiman dan Haziq Tarmizi.Blog ini direka atas permintaan Pengetua SMK Jalan Empat iaitu Puan Jahani Binti Kahfi.
 

Berikut merupakan info tentang SMK Jalan Empat
Ditubuhkan : 3 Januari 2004 
Pengetua :Puan Jahani Binti Kahfi
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akedemik :Puan Zainap Binti Sidek
Penolong Kana  Hal Ehwal Murid : En Md Yusuf Bin Hamid 
Penolong Kanan Kokurikulum :Puan Ruzlina Mohd. Yusuf 
Pengerusi PIBG :En. Ahmad Mustaffa Mustaal 
Kod Sekolah :BEA4624
Telefon :389258028
Faks:389254749
Alamat :Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat jalan 4/10 Seksyen 4
 Selangor,Malaysia 

Sejarah SMK Jalan Empat 

Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 6 Januari 2003 dengan bilangan pelajar tingkatan 1 berjumlah 143 orang oleh pengetuanya, Datin Hajah Ramlah binti Abdul Rahman. Kini, pelajarnya menjangkaui 1000 orang. Datin Hajah Ramlah telah bersara pada bulan Jun 2007. Pn. Kamariah dari Sekolah Menengah Jalan 2 telah menggantikan tempatnya. Pada tahun 2008, sekolah ini telah memenangi anugerah Sekolah Cemerlang. Kemudian pada tahun 2009 Pn Kamariah telah dipindahkan ke Sekolah Dusun Nanding dan digantikan dengan Hjh Pn Norizan. Sekolah ini juga telah mendapat anugerah lompatan sarjana dan merupakan antara sekolah yang cemerlang SPM di Selangor. Pada tahun 2010, sekolah ini telah dinobatkan Sekolah Kebangsaan terbaik di seluruh Malaysia untuk PMR 2009. Ini adalah saat yang amat membanggakan.[1] Jumlah pelajar yang mendapat semua A dalam Penilaian Menengah Rendah juga memberangsangkan, iaitu dengan jumlah 108 orang pada tahun 2005, 128 pada tahun 2006, 176 pada tahun 2007, 201 pada tahun 2008, 168 pada tahun 2009 dan 203 pada tahun 2010. Pada tahun 2011 juga, SMK Jalan empat telah dikategorikan sebagai salah satu Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2 di Malaysia.




No comments:

Post a Comment